<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Radio Ikim.fm



<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)






Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Suatu ketika Hasan bin Ali r.a telah mengambil sebiji kurma dari kurma yang disedekah lalu memasukannya ke dalam mulut. Lalu Rasulullah melarang dengan sabda baginda: Hei ! Hei ! Buang itu! Tidakkah engkau tahu kita tidak boleh makan sedekah ?
-- HR Bukhari&Muslim

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Barirah telah menghadiahkan daging yang disedekahkan kepadanya, kepada Rasulullah s.a.w Baginda pun bersabda: Daging itu merupakan sedekah baginya tetapi bagi kami ianya merupakan hadiah.
-- HR Bukhari&Muslim


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday
Mohon Maaf Utk Semua

Assalamualaikum...

Buat pengetahuan Teman-teman semua...

Blog ini diberhentikan buat sementara waktu..kerana menghadapi beberapa masalah...Miss memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku..

HARAP MAKLUM !!


Posted at Monday, January 22, 2007 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Sunday
Aku & Aidilfitri

Bertahun sudah di rantau orang
Mencari secebis ilmu Tuhan
Nawaitu di hati bukan kepalang
Namun sering dilanda ujian

Bukan ujian menjadi kiraan
Kerana ia sunah alam
Tapi diri tak tertahan
Dek dangkalnya iman di dalam


Kini Eid Fitri bertandang lagi
Tahun ke tahun tak pernah menyepi
Menjadi tamu lambang kemenangan
Buat hamba taqwa dan iman

Namun aku masih begini
Menongkah arus...merentas usia
Entah bila akan terhenti
Perjalanan hidup mengenal diri
Di pentas berliku maya dunia. - sa


Ku meminta & berdoa...kepada yang maha Esa...tabahkan hatiku...berilah pedoman...cahaya di Aidilfitri

‘SeLamaT MeNyamBut AiDilFitri aL-MubaRaK, 1427H’

By:

anTusufi,
o2 dinihari,
16 Ramadhan 1427H.


Posted at Sunday, October 29, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Saturday
Salam Eid Mubarak !

Salam Eid Mubarak buat kawan-kawan semua..Miss minta maaf byk2 kerana sudah lama tak update blog nie..baru2 nie server kurang elok skit..tue lah yg jadi malas nak masuk cc..kalo masuk pon..kejap je la..kalo nak update blog nie malas skitla...walau aper pon..Miss ucapkan time kasih dan Ahlan wasahlan kepada yang sudi mengunjung blog Miss nie..kalo ade mase...kunjungi lah lagi... Wink

Semlm buat open house kat umah...alhamdulillah ramai yg tidak melepaskan peluang dtg mengunjungi di bait Al-Munawwarah...sesaper yang nak dtg umah...jemputlah..kuih ader lagi...hehe..Big Smile

Sempena bulan syawal nie...Miss nak minta maaf zahir dan batin kepada semua yg mengenali diri miss nie...kalo ade salah silap ke...terkasar bahasa ke....maaf byk2 lah...kita kira kosong2 la yer...Smile

Sedih nie....teringat kat kuage je..maklumlah tahun lepas berhari raya bersama kuage...tahun nie tak dpt plak beraya bersama2....eceh!!macam lah tak biase....hehe...

Oklah..nak pi beraya umah anisah ngaji lak nie...esok dah mula kuliah...dah tak bleh nak beraya plak...ok..ilalliqo'..maassalamah.. Wink

"Kullu 'am wa antum bi khair"


Posted at Saturday, October 28, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Tuesday
Zawwaj Mubarak...

Erm...maaf la kengkawan...dah lama miss tak update blog nie...sibuk sgt bebaru nie...kawan baik kawin kat syria nie...kena la buat persiapan dan tolong ape2 yg patut di tolong....lps tue plak sibuk pindah umah ke bait munawwarah...lps tue plak..sibuk ngan ma'radh kitab...huhu byk jugak borong kitab tahun nie...maklumla dh lama tak beli kitab..bla beli,abis borong...hehehe...Shades

Rasenya tidak t'lwat utk miss ucapkan "zawwaj mubarak" buat Masithah & Al-anas pada 10 Rejab 1427 bersamaan 04 Ogos 2006..semoga berbahagia sokmo...dan moga2 dapat menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah..jua mendapat zuriat yg soleh dan solehah...Smile

Lps sorang2 kawan2 kawin...lps nie sape plak yer?miss nie bla plak ek?huhuhu...haa..pengantin baru...jgn lupa doakan kpd tuan punya blog nie ek..mane tau kot2 lps nie dia plak yg akan menyusuri...huhuhuhu..Tongue

Aper pn..miss sentiasa doakan kebahagiaan kawan2 semua...maasalamah..Wink

 


Posted at Tuesday, August 15, 2006 by Qalbi MusytaQ
Comment (1)  

Monday
Exam dah abis...

Exam dah abis 2 minggu dah...sekarang nie miss duk tunggu natijah plak...berdebar menanti saat2 nie...sekrg nie lak cuti...boring sesangat...taktau nak buat ape...tunggu dur thani jer la...hehe....

rindu nak balik mesia....tapi..bla duk mesia tak best plak...so...nak gie mane yer???


Posted at Monday, July 10, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Thursday
Bosan Dalam Dewan Exam..

Aku menilik lembaran kertas
Telah pun ku coret beberapa patah
Sebagai ijab yang sendiri aku cipta.

Kemudian aku menoleh sekeliling
Suasana sunyi dan hening
Rakan-rakan khusyuk memutar minda
Dua muraqib juga tekun ke sini sana.

Aku sedar...aku yang silap
Tapi adilkah persalahkan aku semata?

Ajal bertandang pun ada musabab
Inikan pula sebaik ciptaan-Nya.

Ya Tuhan . . .
Najahkan daku ketika hisab
Exam besar di hari pengadilan.

 - anTusufi
Dewan imtihan universiti
21 Jun ‘o6...2 pm


Posted at Thursday, June 22, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Sunday
Puitis Buat Tersayang

Sempena hari Bapa...

Abah . . .
Sudah berdekad kau pergi
Tanpa sempat kau menatap
Wajah anak mu ini

Belum ku bergelar bayi
Hanya setangkai janin
Yang berteduh di rahim ummi
Di kala itu...
Engkau dijemput Ilahi

Ma . . .
Dari ku masih merah
Masih jahil dan mentah
Dengan dunia baru ku

Aku dibelai...daku dimanja
Di pangkuan mu
Bersama suami tercinta
Dengan penuh kasih sayang...

Di saat itu...
Engkau juga menjejaki abah
Tinggalkan ku yang belum juga mengerti
Hakikat aturan maya duniawi

Ummi . . .
Kini ku kembali ke sisi mu
Suka duka ingin bersama mu
Menyelami hati seorang ibu

Pada ku engkaulah ibu mithali
Isteri yang seharus abah kagumi
Membesar dan mendidik kami
Mengajarkan ku erti dunia ukhrawi
Mengenalkan ku Tuhan yang suci

Namun...
Aku tahu
Akan tiba ketikanya
Engkau juga akan pergi
Dan waktu itu..
Aku akan ditinggalkan lagi

Aku . . .
Apakah peranan sebenar ku??
Seolah melupai harapan abah..
Tika zuriat ditabur
Seakan aku terlupa..
Jerih pengorbanan ma dan ummi
Mungkin aku sudah kabur
Dengan watak di pentas dunia

Abah..ma...ummi . . .
Panjatkanlah doa buat anak mu ini. .

Ibnu_Zahra'


Posted at Sunday, June 18, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Monday
"Selamat Pengantin Baru"

Di kesempatan yang terbatas ini..Miss nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" buat kawan Miss yang baru diijabkabulkan pada 26 Mei 2006

Wink Buat Tini & Zan Wink

Ucapan salam kami hulurkan
Buat pengantin kami raikan
Ijab wal qobul sebagai ikatan
Mahligai kasih moga berkekalan.
 
Dari jauh kalam bermadah
Galang ganti puisi indah
Mudahan ia menjadi hadiah
Penghapus lara..menghilang gundah.
 
Rahmat Tuhan jangan diabai
Kerana Dia..bersatu mempelai
Hidup mawaddah rukun damai
Menggamit kasih..redha dicapai.
 
Tiada lafaz seindah bicara
Inginku lakar metitip kata
Buatmu sahabat semoga bahagia
Kekal bersama hingga dunia sana.
 
SeLamaT PeNganTin BarU!...Kami ucapkan buat Hartini & Faizan...semoga korang berdua berbahagia dunia akhirat...Smile
 
 
- Syaeida -
  08.30 pm
  30 Mei 2006

 

 

 

 


Posted at Monday, June 05, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Saturday
Exam Ohh Exam....

Exam oh exam....pejam celik pejam celik...dah dekat nak exam rupanya...aduss..takutnyee...wahai kawan2 Miss sekalian...doa2kan lah utk Miss yang akan menghadapi Imtihan pada awal bulan 6 nie...

And....

Miss Doakan Moga kawan2 juga mendapat kejayaan yang cemerlang..aminn..

Selamat Menghafal Dan Menjawab Dengan Baik..Wink

 


Posted at Saturday, May 06, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Monday
Syair Si Gila

Detik waktu seakan terhenti..
Aku menoleh kanan ke kiri
Depan dan belakang
Kelam...kekadang berbalam

Desiran air tetiba terdengar
Terasa tenang di saat ini
Lamunan aku terus menjelajah
Dari kota lewat ke bandar kemudian ke desa
Dan sesekali menyusup ke dalam diri
Entah ke mana arah destinasinya
Sungguh mendamaikan

Sekeliling kembali terang
Kegelapan mula disinar cahaya
Bagai nur Ilahi memancar hidayah-Nya
Dengan kelahiran Utusan
Di tengah kekalutan bernoda

Lamunan segera terhenti
Mengembalikan daku ke alam realiti
Kelopak mata kian terkuak
Sedikit demi sedikit

Masih ku dengar desiran air
Yang datang dari kotak suara laptop temanku

Kini telah berubah..
Alam realiti tak seperti lamunanku
Tika bermusafir di dunia fantasi

Oh Tuhan . . .
Adakala aku keliru
Siapakah selayak di sisi-Mu..
Sesuci manakah dia
Semulia manakah dia
Setinggi manakah darjatnya
Atau..seagung manakah dia

Namun . . .
Sering kali juga daku ketemu
Huraian dek setiap soalan bertubi
Yang menerjah pusat fikiran..
Seolah membawaku ke pinggiran iman
Yang bisa meragukanku
Yerhadap susun atur-Mu yang Esa

Bukankah kehebatan darjat..
Kemuliaan nasab..
Kemewahan harta..
Ketinggian ilmu..
Serta segala isinya adalah sia-sia...
Illa bi taqwalLah
Melainkan wujudnya taqwa kepada-Mu!

Tetapi . . .
Mengapa masih ada yang mengingkari?
Atau berpura tidak mengetahui?
Mungkinkah dek keangkuhan egois..
Sifat Iblis terlaknat itu
Masih berbaki di dalam diri?!

Tuhan . . .
Ku yakin Kau amat mengerti
Apa tertanam di naluri
Jauh di lubuk hati

Campakkan pedoman serta petunjuk
Ketenangan jua kedamaian...
Terimalah dambaan yang makin lesu
Dari khadam-Mu si sufi gila
Di medan realiti yang fana ini.

Oleh : Antusufi 


Posted at Monday, April 03, 2006 by Qalbi MusytaQ
Please Comment !  

Next Page